Memetik laporan Utusan Malaysia pada tarikh tersebut (http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130921/dn_07/Elak-percaya-khabar-angin-harga-gula-tepung-naik):
"Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan pihak- pihak tertentu menerusi blog atau laman sosial kononnya kerajaan akan memperluaskan pengurangan subsidi ke atas barangan terkawal seperti gula dan tepung.
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu sengaja dilakukan untuk mewujudkan suasana panik dalam kalangan rakyat bagi memburukkan kerajaan."
Namun semalam 6 Oktober, Menteri yang sama Hasan Malek telah dilaporkan oleh New Straits Times sebagai berkata bahawa ada kemungkinan berlaku kenaikan harga gula dan tepung sebagai sebahagian daripada rasionalisasi subsidi Kerajaan Umno-BN (http://www.nst.com.my/nation/general/prepare-for-price-hikes-1.370150).
"Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry said there is a possibility of price hikes in sugar and flour as part of the government's subsidy rationalisation.
"Minister Datuk Hasan Malek said it would be announced during the tabling of the 2014 Budget on October 25."
Justeru saya ingin bertanya kepada Hasan, adakah subsidi tepung dan gula akan dikurangkan atau tidak?
Pakatan tidak menolak pengurangan subsidi secara total. Namun yang dipertikaikan sehingga hari ini ialah
- mengapa subsidi untuk rakyat sering dikurangkan terlebih dahulu berbanding subsidi korporat?
- Mengapakah negara berhadapan aliran wang haram dan rasuah yang begitu tinggi tiap-tiap tahun tanpa tindakan yang serius daripada Kerajaan?
Kerajaan sering memberi alasan defisit fiskal untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat. Namun yang nyatanya Kerajaan berhadapan defisit keyakinan.
*Oleh Nik Nazmi Nik Nazmi, Sinar Harian, 7 Oktober 2013
0 ulasan:
Catat Ulasan