Breaking News
Loading...
Ahad, 24 November 2013

Info Post
Saudi cemas Iran berlembut
 
Riyadh, 24 Nov. - Penduduk Timur Tengah "tidak akan dapat tidur malam" selepas kuasa besar dunia menandatangani perjanjian dengan Iran, kata penasihat luar Arab Saudi semalam.
 
Pengerusi Majlis Syura, Abdullah al-Askar berkata dia tidak pasti bagaimana reaksi Riyadh terhadap perjanjian berkenaan tetapi mengakui secara peribadi khuatir terhadap kesannya.
 
"Saya bimbang Iran akan menyerahkan sesuatu (melalui program nuklearnya) untuk mendapatkan keuntungan politik daripada kuasa besar dunia.
 
"Saya juga bimbang dengan ruang lebih luas diberi kepada Iran di Timur Tengah," katanya.
 
Iran bersetuju menandatangani perjanjian mengehadkan program nuklearnya sebagai pertukaran untuk mengurangkan sekatan yang dikenakan terhadap negara itu.
 
Perjanjian itu disepakati sehari sebelum Hassan Rouhani menyambut hari ke-100 pentadbirannya sebagai Presiden Iran.
 
Di sebalik tindakan keras Barat - terutama AS, Arab Saudi menjadi antara negara paling menonjol mahu menghukum Iran dengan lebih keras.
 
Beberapa jam sebelum itu raja dari Arab Saudi, Qatar dan Kuwait bertemu untuk membincangkan isu "kepentingan bersama."
 
Abdullah berkata, dari semasa ke semasa Teheran membuktikan mereka mempunyai agenda jahat di Timur Tengah.
 
Dalam keadaan begitu, kata Abdullah, tiada sesiapa di rantau berkenaan "tidak dapat tidur malam" dan menjangkakan keadaan akan berjalan dengan baik.
 
"Orang ramai tahu dasar dan cita-cita Iran dan negara itu akan campur tangan dalam politik banyak negara serantau," katanya. - Reuters
 


 
Perjanjian satu 'kesilapan bersejarah'
 
Baitulmaqdis, 24 Nov. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengutuk perjanjian di antara kuasa besar dunia dengan Iran sebagai "kesilapan bersejarah" yang menyebabkan Teheran bakal menguasai senjata atom.
 
Dengan wajah berang Netanyahu menentang sekeras-kerasnya perjanjian berkenaan dan memberitahu Kabinet, mereka tidak terikat kepada perjanjian itu.
 
Dia juga mengulangi kemungkinan untuk bertindak secara ketenteraan terhadap Iran walaupun anggota Kabinet menyedari pilihan yang adalah terhad.
 
"Apa yang dicapai di Geneva bukanlah perjanjian bersejarah tetapi kesilapan bersejarah.
 
"Dunia menjadi semakin berbahaya kerana rejim berbahaya di dunia mengambil langkah besar untuk memiliki senjata paling berbahaya di dunia," katanya. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan