Breaking News
Loading...
Ahad, 22 Disember 2013

Info Post
KUALA LUMPUR, 21 Disember 2013 - Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada April 2015 merupakan satu konsep yang zalim mengikut Islam.
 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Gambar) berkata, ini berikutan GST akan dikenakan kepada semua golongan rakyat, tanpa mengira kaya atau miskin.
 
"Konsep adil dalam Islam ialah bukan semua orang akan kena. Kalau cukai, kena ikut kemampuan masing-masing.
 
"Tapi GST semua kena bayar.. ini konsep yang salah. Ini konsep yang zalim dalam Islam," katanya ketika berucap di majlis perasmian kempen Faham GST Tolak GST anjuran PR, di sini.
 
Beliau berkata, selain GST yang bakal diperkenalkan, beberapa siri kenaikan harga yang diumumkan jelas menunjukkan kerajaan tidak mampu mengurus sumber yang ada dengan baik.
 
"Kewangan tak cukup sebab sumber yang ada bocor dengan projek mewah. Bocor dengan rasuah dan pelbagai salah laku.
 
"Maka kerajaan terpaksa ambil duit rakyat untuk bayar hutang yang akhirnya membebankan semua rakyat," katanya. - Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan