Kurikulum, pendekatan, matlamat, kecekapan guru tentukan maju mundur bangsa
KATA pepatah Cina, "by nature all men (women) are alike, but by education widely different." Lebih kurang maksudnya semua manusia lelaki (wanita) sama, yang membezakan mereka adalah pendidikan dan ilmu.
By extension begitulah juga dengan bangsa; tiada bangsa dilahirkan lebih pandai dari lain. Di sekolah batu kerikil (pebbles) digosok, diperelok (polished); di universiti, intan permata dikabur dan disamarkan (dimmed) tegas seorang cendekiawan barat.
Buku pertama saya diajar membaca 68 tahun dahulu - Pasu Bunga - di dalamnya kalau saya tidak silap terdapat geliga motivasi: batu pun lekuk (dented) jika air jatuh atau menimpanya sekian masa, tanpa berhenti; lebih kurang begitulah ingatan saya kalau saya tidak silap.
Pada hari Maulud Nabi, saya baca di muka depan akhbar mingguan business, The Edge (13-19 January) tajuk besarnya: "Education Woes - The Economic Fallout." Sub headingnya pula: "The World Bank says Malaysia's ambition to be a high-income economy will be scuttled unless we fix our education system".
Ringkasan terjemahan bebas kajian Bank Dunia dapati matlamat kita mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi tidak terlaksana kecuali kita memperbaiki, mengkukuhkan lagi sistem pendidikan negara. "What, in six years time?" tanya Speaking, adding: "perhaps with a bit of luck we will be there" maksudnya bisa kalau kita bernasib baik walaupun masa hanya enam tahun sahaja lagi.
Pendidikan mainan bola politik sebelum dan selepas merdeka hinggalah kini. Semua perdana menteri kita sebelumnya menteri pelajaran kecuali Tunku Abdul Rahman Putra yang terus menjadi ketua kerajaan.
Pendidikan akan terus jadi permainan politik seratus tahun lagipun kecuali kita ada iltizam politik yang kuat.
Ramai berpendapat kita tidak ada komitmen itu dan nampaknya status quo terus berlaku kecuali ada perubahan kerajaan.
Tiada negara lain yang mempunyai banyak jenis sekolah seperti kita. Selagi pendidikan kita tidak diselaraskan seperti di Singapura, Thailand dan Indonesia selama itulah pendidikan menjadi isu politik hangat.
Apakah potential economic damage - potensi kerosakan ekonomi- yang akan dibawa oleh dasar pendidikan kita mengikut Bank Dunia.
Aspirasi kita mencapai status negara pendapatan tinggi berisiko sebab kualiti, mutu pendidikan kita daif berdasarkan kepada 2013 Malaysian Economic Monitor which says that the results from the 2011 trends in International Mathematics and Science Study were significantly lower in 2003 and 2007 for both subjects. Malaysian students performing poorly in international tests are a concern because research shows that mathematics and science scores in such tests have a direct influence on economic growth.
This comes at a time when the country aims to raise per capita income to at least US $15,000- the World Bank's threshhold for high income nation- by 2020 under the Economic Transformation Programme.
Sekarang pendapatan kita per kapita adalah US$10,400 - masih kurang US$4,600 untuk memenuhi syarat Bank Dunia dalam hanya enam tahun lagi.
Mengikut Bank Dunia kita tidak akan sampai ke matlamat itu kecuali wujud capital - and skill- intensive manufacturing sector and of a high - productivity service industry growth.
Kita sekarang, mengikut keputusan Programme for International Student Assessment scores, berada di bahagian bawah dari 65 negara peserta programme ini. Kita hanya mengatasi Indonesia, di belakang Vietnam.
Pelajar kita lemah kebolehan membaca, ilmu hisab dan sains. Sila rujuk kepada kolum saya mengenai pendidikan cemerlang bertajuk Putaran nasib, the wheel turns (Sinar Harian 8 Disember 2013).
Bank Dunia telah menekan bagi mencapai status negara dunia maju Malaysia mestilah mempunyai a high performing education system yakni sistem pendidikan bermutu tinggi, kualitinya tahan diuji.
Mengikut pemerhati, tanpa ini pertumbuhan ekonomi kita tidak akan berkembang lebih tinggi selagi kita belum berjaya mengeluarkan graduan yang mempunyai skil untuk memenuhi permintaan industri dalam dan luar negara.
Pokok terbesar menghalang majoriti graduan kita, terutama Peribumi, merebut peluang pekerjaan dan ekonomi di Malaysia apa lagi di luar negara secara lebih besar, duka suka, dulu sekarang dan akan datang pun adalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris, lisan dan menulis.
Suka duka, bahasa Inggeris bahasa global, terus menguasai urus niaga ekonomi, bisnes hatta ada kelompok pentadbiran kerajaan kita terus guna bahasa Inggeris sepenuhnya.
Mengikut Bank Dunia, 46 peratus firma antarabangsa menyebut kelemahan bahasa Inggeris dan ketiadaan kepintaran luas IT di kalangan modal insan Malaysia menyekat firma-firma ini membesarkan operasi mereka di Malaysia.
Ibu bapa yang berpandangan jauh dulu, sekarang dan kemuka mendidik anak dan cucu mereka di private schools atau sekolah antarabangsa. Saya yakin mereka ini tidak akan lupa asal-usul mereka.
Pendidikan Sekolah antarabangsa - juga menawarkan bahasa Melayu, Arab, Mandarin dan lain-lain - tumbuh seperti cendawan. Pendidikan swasta satu industri besar di Malaysia menyumbang RM27 bilion pada tahun 2009 dan dijangka meningkat kepada RM61 bilion yakni lebih dua kali ganda dalam enam tahun lagi!
Bagi mereka yang berada tak apalah. Bagaimana pula dengan rakyat biasa? Semurah-murah yuran sekolah private, satu semester adalah RM6,000 tidak termasuk yuran-yuran khas dan deposit setahun.
Di peringkat atas yurannya mencecah antara RM10,000 hingga RM20,000 satu penggal. Nampaknya pendidikan tidak lagi seperti ditegaskan oleh Speaking 'a leveller' atau yang meratakan manusia sesama manusia.
Jurang antara yang kaya dan miskin terus lebar. Jurang pendidikan di antara yang ada dan tidak berada makin luas. Kaya makin kaya, miskin kian miskin.
Pendidikan sebenar bukan mengutip fakta, menghafal data dan lulus pemeriksaan tetapi menghidupkan fakta, data dan keputusan examinations. Itulah bagi saya pendidikan tulen.
Melayu Islam, Peribumi tidak akan menghampiri dan dapat mengejar kejayaan Cina, India, Singaporeans, Jepun apa lagi orang Amerika Syarikat, orang Eropah dan British selagi kita tidak berani belajar subjek yang lebih berguna, mengambil pendekatan baharu, ada azam baharu dan mempunyai matlamat baharu.
Bagi mencapai semua ini kita perlu ada guru tulen, cekap, dedikasi, berkaliber seperti zaman sebelum dan awal selepas merdeka. Bukan guru yang semata-mata mementingkan kewangan, perks dan kemudahan.
Bangsa kita memerlukan guru yang prihatin dan berpandangan jauh, enlightened bukan mereka yang dapat kerja dan naik pangkat kerana political connections; bukan mereka yang mengutamakan perniagaan, politik daripada mengasuh, mendidik, mengajar dan memimpin.
Majoriti pemimpin Melayu antara 100 tahun dulu dan sekarang berasal dari bawah. Baru jadi kelas menengah dan bangsawan selepas berjaya dan ada melalui perkahwinan.
Apa yang membezakan mereka daripada kalian? Pendidikan, pendidikan pendidikan. Ada yang kaya-raya tanpa pendidikan. Tidak dinafikan tetapi itu pengecualian.
Seorang multi-billionaire Cina - sudah meninggal - berkata kepada saya: "Lu tak kaya. Gua kaya. Tapi lu kaya buku. Gua tak baca buku". Satu pengiktirafan tinggi walaupun saya tidak deservenya.
* Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD, Sinar Harian, 19 Januari 2014
0 ulasan:
Catat Ulasan