Breaking News
Loading...
Isnin, 6 Januari 2014

Info Post
KUALA LUMPUR - Laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 menunjukkan pelajar tingkatan tiga Malaysia setaraf dengan pelajar darjah lima dari Singapura dan Korea Selatan.
 
Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memetik laporan PISA 2012 yang dekluarkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) 3 Disember lalu.
 
"Berdasarkan laporan tersebut, pelajar Malaysia mendapat 393 mata, turun daripada 414 mata pada tahun 2009 dalam ujian membaca.
 
"Bagi mata pelajaran Sains, pelajar Malaysia meraih 420 mata, turun dua mata berbanding 422 dalam tahun 2009," kenyataan Nurul Izzah dipetik.
Tambahnya, lebih mengejutkan apabila Vietnam menduduki tangga yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. Dari segi pembacaan, sains dan matematik Vietnam dilaporkan meraih 508, 528 & 514 mata.
 
Manakala pelajar Malaysia berada kurang 2.5 tahun di belakang pelajar Vietnam dalam mata pelajaran Matematik.
 
"Dalam mata pelajaran Sains pula, pelajar Malaysia berada 2.8 tahun di belakang pelajar Vietnam. Berbanding pelajar Singapura, Korea dan China, pelajar Malaysia terkebelakang sebanyak 4 tahun!, tambahnya.
 
"Setelah hampir 60 tahun berada di tampuk pemerintahan, kerajaan BN telah menurunkan prestasi pelajar.
 
"Di masa negara lain semakin maju dalam memastikan generasi mereka mampu bersaing di peringkat antarabangsa, kita semakin ketinggalan bukan sahaja di peringkat antarabangsa, bahkan di peringkat serantau," kata Nurul Izzah. - Keadilan Daily
 

0 ulasan:

Catat Ulasan