Breaking News
Loading...
Khamis, 26 Jun 2014

Info Post
WASHINGTON, 27 Jun 2014 - Enam daripada 10 rakyat Amerika Syarikat mahukan negara berkenaan memberi lebih banyak tumpuan kepada masalah dalaman dan kurang kepada isu luar, menurut Pusat Penyelidikan Pew.
 
Kaji selidik itu membabitkan 10,013 orang dewasa dan kira-kira 71 peratus yang diklasifikasikan sebagai konservatif, alim dan tradisional, berkata Amerika Syarikat patut mengurangkan fokusnya terhadap luar negara.
 
 
Kira-kira 87 peratus daripada golongan berpendapatan rendah juga mahukan Amerika Syarikat memberi kurang tumpuan kepada luar negara.
 
Namun 67 peratus golongan konservatif dan perniagaan yang condong kepada Parti Republikan berpendapat Amerika Syarikat patut meneruskan peranan aktifnya di peringkat global. Sebahagian besar golongan liberal juga menyokong peranan besar AS di luar negara.
 
Kaji selidik itu dilakukan ketika Amerika Syaikat sedang membuat persediaan bagi mengadakan pilihan raya pada 2016.
 
Senator Rand Paul, yang dilihat sebagai calon berpotensi untuk bertanding pada 2016, agak ragu-ragu mengenai campur tangan AS di luar negara, sementara calon potensi Parti Demokrat, Hillary Clinton kadangkala mengambil tindakan lebih agresif daripada Presiden Barack Obama. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan