Breaking News
Loading...
Rabu, 4 Jun 2014

Info Post
MARAN, 5 Jun 2014  - Umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah.
 
Ketua Dewan Pemuda Pas Maran, Mujahid Mohd Nor berkata, tanpa pengetahuan tepat boleh menjejaskan orang lain yang tidak memahami undang-undang Islam itu.
 
Menurutnya, cadangan kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi memastikan perlaksanaan hukum hudud lebih difahami masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini disambut baik.
"Jika isu ini tidak diselesaikan dikhuatiri akan merumitkan langkah pelaksanaan malah dibimbangi menjadi bahan gurauan.
 
"Jika semua pihak dapat bersatu dan menerima hudud dalam pentadbiran negara ini, saya percaya kita mungkin dapat menolak ketirisan dan kepincangan yang berlaku dalam apa jua bidang sekali pun," katanya pada kembara ziarah anak muda, di sini. - Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan