Breaking News
Loading...
Selasa, 12 November 2013

Info Post
 
TEHERAN, 13 November 2013 - Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei didakwa mengawal empayar perniagaan bernilai hampir AS$95 bilion (RM305 bilion), melebihi jumlah eksport tahunan petroleum negara itu.
Menurut laporan siasatan selama enam bulan oleh Reuters, organisasi yang dikenali sebagai Setad tersebut merupakan salah satu kuasa utama yang memegang kepentingan dalam kebanyakan sektor industri termasuk kewangan, minyak dan telekomunikasi di Iran.
 
Jun lalu, Jabatan Kewangan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas Setad dan beberapa pegangan korporat dan menggelar syarikat itu sebagai rangkaian syarikat besar yang menyembunyikan aset bagi pihak kepimpinan Iran.
 
Susulan daripada pendedahan itu, Pejabat Presiden Iran dan Kementerian Luar enggan memberi sebarang kenyataan balas.
 
Bagaimanapun, laporan dipetik dari Al-Arabiya, Kedutaan Iran di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyifatkan ia sebagai dakwaan yang tidak berasas.

0 ulasan:

Catat Ulasan