Breaking News
Loading...
Ahad, 17 November 2013

Info Post
Isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin terbabit, kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.
Beliau berkata isu perkauman juga dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.
"Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian.
"Adalah penting kita memisahkan manusia dengan politik. Di Malaysia, kita selalu diingatkan oleh ahli politik tentang masalah perkauman malah terdapat juga kumpulan tertentu yang menyokong isu tersebut," katanya semasa ucaptama Persidangan Asia Barat dan Afrika 2013 di Kuala Lumpur hari ini. – The Malaysian Insider, 18 November 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan