Breaking News
Loading...
Ahad, 1 Disember 2013

Info Post
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) tidak percaya dengan istilah 'pendakwah bebas' melainkan ia akhirnya akan 'dimakan oleh serigala'.
Beliau dipercayai berkata demikian ketika mengulas pelantikan Mohammad Kazim Elias, yang mendakwa dirinya pendakwah, sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
 
Pelantikan Mohammad Kazim menjadi isu di kalangan pendakwah kerana sebelum ini beliau dikatakan ahli PAS.
 
Bahkan dalam kuliah pertamanya selepas diumumkan pelantikannya, Mohammad Kazim berkata, beliau masih ahli PAS.
 
Dalam posting di akaun Facebooknya, Nik Aziz berkata, beliau tertarik dengan istilah 'pendakwah bebas' yang selalu disebut-sebut oleh masyarakat.
 
"Saya faham maksud bebas tersebut ialah tidak terikat dengan mana-mana fahaman organisasi khususnya politik.
 
"Tetapi sebenarnya, pendakwah sebenarnya tidak mungkin bebas," kata Nik Aziz.
 
Dalam arus politik, katanya, seseorang semestinya mempunyai pendirian masing-masing apatah lagi seorang pendakwah yang bertanggungjawab membawa kebaikan kepada masyarakat.
 
Katanya, di dalam Islam, cuma ada iman atau kufur. Di akhirat kelak, cuma ada neraka atau syurga. Begitu juga di dunia, yang ada ialah benar atau batil.
 
Katanya, seorang pendakwah wajib memilih untuk menyeru manusia kepada kebenaran atau kebatilan.
 
"Dia tidak boleh bebas tanpa apa-apa pendirian politik. Jika dia benar-benar menjadi bebas daripada sudut pendiriannya, lambat laun mudahlah ia dimakan oleh 'serigala'," katanya. - The Malaysian Insider, 2 Disember, 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan