Breaking News
Loading...
Selasa, 25 Februari 2014

Info Post
Konsep ekonomi Islam masih jauh untuk dicapai negara ini selagi institusi Islam tidak bebas dari kerenah birokrasi kerajaan.
Pemikir Islam terkenal Dr Mohd Asri Zainal Abidin memberi contoh industri halal yang hanya diberikan kuasa kepada satu agensi kerajaan sahaja sehingga menyukarkan perkembangan perniagaan khusus untuk orang Islam.
 
"Fakta harus kita terima, apabila agama ada di bawah kuasa negeri, kita tidak bebas, apa kita nak buat kena minta izin," kata beliau dalam Wacana Sinar Harian bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" di Shah Alam semalam.
 
Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Tan Sri Ali Hashim pula mencadangkan satu sistem institusi "wakaf korporat" bagi mengambil alih GLC atau syarikat milikan Melayu Islam yang menggunakan dana awam.
 
Menurut beliau sistem ini mampu menyalurkan keuntungan kepada lebih ramai orang Islam bertentangan dengan hanya sekumpulan kecil pemegang saham syarikat, yang katanya biasanya golongan elit korporat.
 
"Kerajaan kini amalkan sistem ekonomi liberal. Macam main 'Monopoly'... ada korupsi, kompromi. Kita perlu jadikan bisnes sebagai jihad dan bukan bisnes jahat," kata beliau.
 
Bagaimanapun idea itu dipersoal Pengarah Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan yang bersetuju bahawa kerenah birokrasi kerajaan masih membelenggu 'kebebasan' sistem itu.
 
"Kalau kita nak cakap mengenai wakaf, birokrasi sekitar wakaf ini tak dapat nafikan.
 
"Ia wujud kerana dirampas pentadbiran agama, dikawal oleh kerajaan," kata beliau. - MalaysiaKini

0 ulasan:

Catat Ulasan