LOS ANGELES, 26 Feb. - Dua naskhah 'Mein Kampf' yang ditandatangan pemimpin Nazi, Adolf Hitler akan dilelong di Los Angeles.
Menurut Nate D Sanders Auctions, set dua naskah itu, edisi pertama dan edisi kedua, manifesto politik pemimpin Jerman itu akan dijual secara dalam talian kepada pembida tertinggi esok.
Kedua-dua naskhah itu ditandatangan oleh Hitler untuk Josef Bauer, anggota awal parti Nazi.
Hitler berkemungkinan besar memberikan naskhah itu kepada Bauer sebagai hadiah Krismas pada 1925 dan 1926.
Hitler menulis 'Mein Kampf' (Perjuangan Saya) semasa dalam penjara. Selepas berkuasa pada 1933, jutaan naskah buku itu dicetak. - AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan