Breaking News
Loading...
Rabu, 5 Mac 2014

Info Post
KUALA LUMPUR, 5 Mac 2014 - Kerajaan perlu menangani dengan serius masalah ketidaksamaan pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar yang berdepan dengan rasionalisasi subsidi sekarang, kata Pengarah Pusat Kajian  Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaysia, Profesor Madya Dr Fatimah Kari.
Beliau mencadangkan kerajaan menghentikan dasar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebaliknya lebih menumpukan kepada mengukuhkan dasar perlindungan sosial.
 
Antara dasar perlindungan sosial yang dicadangkan oleh pusat itu ialah pewujudan peluang pekerjaan dan pendidikan bagi membasmi kemiskinan.
 
"Saya rasa kerajaan berada dalam situasi agak selesa untuk menangani bahagian negatif daripada rasionalisasi subsidi," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kajian mengenai "Rasionalisasi Subsidi dan Kesannya ke atas Ekonomi dan Isi Rumah Miskin Malaysia".
 
Kajian tersebut mendedahkan bahawa reformasi subsidi itu akan membawa kepada peningkatan kemiskinan dalam kalangan isi rumah luar bandar dan bandar dan mereka akan menerima kesan ketara daripada reformasi subsidi tenaga berbanding kumpulan-kumpulan lain.
 
"Kami agak bimbang dengan tekanan ketidaksamaan.. terdapat kecenderungan jurang ketidaksamaan akan melebar lagi seperti pada 1970," kata Fatimah.
 
Mengenai kesan dasar rasionalisasi subsidi ke atas makroekonomi Malaysia, menurut kajian itu, dasar itu mungkin membawa kepada kenaikan awal 0.6 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan